Thursday, August 11, 2011

berbuka bersama

assalamualaikum..

hari ni, dah 11 hari kita berpuasa. semalam, hari ke 10 berpuasa, NH baru bekesempatan berbuka bersama incik tunang. bulan ni, incik tunang bercuti pada hari rabu. so, lepas NH balik dari opis, terus pecut ke puchong. NH mau ke bazar ramadan puchong prima, mau makan roti john.

bila dah sampai kat bazar ramadhan. incik tunang terliur tgk kuih tepung pelita n akok. NH ikut je, kalau dia beli, Nh pun leh makan kan.. hehe..

Nh pelik gak, kat bazar ramadhan puchong prima ni, ade 3 tempat lorg jual roti john, tp, semuanya tak de org beli. kat kepala otak NH, duk pk, semua tak sedap kut. tp, di sebabkan nafsu makan tu menguasai, beli gak la kat salah 1 gerai. semua pompuan yang ade kat gerai tu. dia nye deko gerai, mmg cun la, buat NH tertarik. 1 roti john = rm 3.50. harga standard la kan.

incik tunang ajak berbuka kat kedai yang biasa kitorang makan. incik tunang order lauk, ikan kembong masak 3 rasa, sup daging n telor dadar. Nh lak menambah nak cendawan goreng.

memang abis la 1 pinggang nasik. diet memang tah kemana dah bulan poser ni. main makan je, maklum le, banyak makanan yang takde time biasa, time bulan poser gak ler yang ade semuanya.


- sup tulang ( gamba dr google) tak sempat nak snap sebab memorikad hp NH rosak.


- cendawan goreng (gamba dr google)


- ikan kembong masak 3 rasa ( gamba dr google gak ni)

2 comments:

  1. alhamdulilah kak noor..semoga kak noor sentiasa bahagia..kalau ada sengkete, salah sonragn kene mengalah tau...syg kak noor!

    ReplyDelete
  2. trima kasih jee, doakan kaknor..

    kaknor pun harap jee bahagia sokmo dengan An.. sayang jee jugak..;]

    ReplyDelete