Pages

Saturday, October 30, 2010

gomo kelate gomo



piala malaysia kembali lg..
gomo kelate gomo LAWAN hobin jang hobin..
semangat kelate dah merasap dalam diri saya ni..
terpacak saya depan tv, menyaksikan perlawanan akhir piala Malaysia Kelate lawan N9.
tetibe je saya jadi penyokong kelate,
disebabkan pengaruh kelate yang kuat dlm diri..haruslah bersemangat menyokong pasukan kijang.
akhirnya berbaloi gak saya menyorak sorang2 kat depan tv, hehe,... 2-1..
hairuddin omar terbaik la.. dr dulu lg saya mmg suka cara hairuddin omar beraksi d padang..
tahniah utk pasukan kelate..gomo kelate gomo..
mmg dah lama kelate mengimpikan piala malaysia.
tahun lpas pun, kelate kecundang oleh pasukan n9..

hidupp pasukan bola sepak kelate...ehhehehehe


- pasukan kelate -


- abe hai'o atau HO...ngeh3..kepala tu mahal tu ;]

kursus pra perkahwinan

kursus pra perkahwinan, wajib d hadiri oleh semua bakal pengantin..
huaaa... mcam, dah nak kawin lak kan..

sabtu ahad lepas, saya isi masa terluang ngan hadirkan diri ke kursus pra perkahwinan anjuran al-shahir management bertempat d auditorium 2, pusat kejiranan Presint 16.
sebenar nya, tak terlintas d hari kecik saya ni nak join kursus ni, disebabkan ajakan kak Ekin,(kawan masa praktikal kat netfision sdn bhd) maka, saya dengan rela hatinya melangkah ke kursus ni. ayat yang sesuai, utk temankan kak ekin..

sedikit tak berminat sebenarnya, relakan je la kaki melangkah ke auditorium tu..
hehe..x snap 1 gamba pun sebab mmg tak suka tak suka..hehhee..
tp, thanks kat ustaz2 n ustazah yang bg ceramah, saya dpt byk ilmu.
betapa byk perkara yang telah saya terlalai..insyallah, lepas ni, akan saya berbetulkan apa yang sudah tersilap n tersasar jauh..amimmm..:]

Thursday, October 28, 2010

seorang sahabat dan teman

Entri kali ni, saya nak cita pasal seorang sahabat dan juga teman sejak kecil..
kecil ke? hehe..saya mula rapat ngan kawan saya ni masa tingkatan 2, kire kecik la tu.

NorMiza Alias a.k.a miza, memang saya rindu sgt kat die, dulu3 selalu jumpe, tido sama2, lepak sama2, merayap sama2, sekarang dah tak boleh mcm tu lg, masing2 dah ade komitmen sendiri.

miza dah ade karier sendiri sama mcm saya. yang beza nya, miza dah tetap, saya masih kontrak, tak sia sia miza masuk form 6 dulu, saya gak yg duk nganga sebab cabut form 6. miza pun dah ade keluarga sendiri da, dah ada 2 org anak dah. dah cukup sepasang.
dah cukup bahgia, saya pun tumpang bahgia ngan miza.

saya sayang miza jugak. pahit manis kitorang bersahabat. miza tak pernah khianati saya, berkira ngan saya, semua nya dia buat utk saya... ayat touching la plak..

huhuhuhu..ape2 pun, saya sgt rindu miza, n sgt hargai persahabatan ni..



- gambar ni di ambil oleh hubby miza semasa diorang sekeluarga datang ke KPM utk

Tuesday, October 26, 2010

i-city

dah kenyang isi perut kat tanjong harapan, kitorang jalan2 kat i-city shah alam..
rase mcm jakun sangat2, tak pernah sampai ke i-city ni.
kreatif nye yang mencipta i-city ni.. memang byk sgt lampu3.
cantik3 semua nya.

tak abis saya pusing2, cuaca tak elok, kul 9 dah hujan.. tak sampai 1 jam kitorang pusing2 dalam i-city ni.. tak puas hati. nanti lain kali, saya mau dtg lg.

kat i-city nak masuk tgk lampu, dah kena bayar, rm10 sebuah kereta. kirenya rm2 la per person. kalu nak untung lg, bawak MPV, sumbat ramai2..hehehe..

dulu2, masa awal2 buka, nak masuk kat i-city ni, free je, skrg mungkin ambik bayaran utk menampung kos lampu2 yang cantik2 tu.










tanjong harapan

jalan jalan n makan makan d tanjong harapan klang.
1st time saya jejak kan kaki kat pelabuhan klang ni..
cantik sgt pemandangan kat sini..nyman je..

layan je la gamba2 makan kitorang sekeluarga kat sini.









Wahab Cendol

aktiviti sepanjang hari sabtu, sekkitar wangsa maju n sri rampai je kitorang pusing2.
dah bosan round2 jaya jusco, sekali lagi ayah ajak makan rojak kat kedai mamak..
adehhh...saya mmg tak leh nak layan makanan kedai mamak ni, tak masuk ngan tahap penghadaman saya, so, saya minum milo tarik je..

kiranya dinner kat wahab cendol..teringin nak rase cendol wahab ni, tp, takut..hehhee..santan tu bahaya utk perut saya yang terlalu cerdik..

lagi layan gamba amalina..hehe..amalina je jd model saya hari ni, dia la antara bahan yang menarik perhatian saya sepanjang hari. sebab dah berbulan bulan saya tak jumpe dia..hehhe...dah lama saya tak dtg lepak umah kaknik saya. lepak putrajaya sorang3 je d hujung minggu skrg ni..


- amalina tengah berposing ngan mainan baru yang di pau kat chik eza nya di restoran wahab cendol, sri rampai business park. -

JAya Jusco Wangsa Maju

jejalan je kat Jusco ni, window shopping, saya tak leh nak shopping sebab lum gaji. poket tak tebal..hehhe.. cuci mata je la..layan amalina main2 je.


- si nemok naik gajah ke???...;p

Sri Rampai Business Park

Jumaat lepas, ma n ayah saya datang dari kampung, lepas magrib rasenya ma n ayah samopai kat umah kaknik.

tghari sabtu, baru la saya bersama abg dan n kak eza ke kl, (umah kaknik).
hehe..dh petang baru sampai. bawak ma n ayah, amalina n nazira jejalan.
lepak2 restoran kegemaran ayah...hahha..mana lagi, restoran mamak da...
lupa lak restoran ni nama ape, kat area Sri Rampai Business Park, tempat baru lagi, on the way menghala ke Jaya Jusco Wangsa Maju.

destinasi selepas tu, ke Jaya Jusco Wangsa Maju.


- amalina berposing maut kat restoran mamak..kikiki..

TPM

TPM = Timbalan Perdana Menteri = Menteri Pelajaran.

sangat teruja nak jumpa Tan Sri Muhyiddin Yasin masa Open Source Software Day hari tu.. TPM datang hari pertama, kira nya merasmikan Open Source Software Day la kan, sebenarnya, TPM datang untuk melancarkan Dasar ICT Dalam Pendidikan yang di handle oleh bangian Khidmat Pengurusan atau BKP, BKp ni yang menyelit pada program yang bahgian kitorang handle, tp, xpe la kan, d sebab kehadiran TPM, di alu alukan la BKP ni menyelit..hehe..

saje je saya cri port tepi3 masa duk dlm dewan, nak ambik peluang nak tgk TPM dr dekat, tup2, lepas TPM berucap n nak kuar dewan, mmg TPM lalu line yang saya duduk. ape lg, hulur tangan la..hehe..leh gak bersalam ngan TPM.. mmg teruja abis..
hehe.. tu lum lg TUN Mahathir kan, kalu TUn Mahathir lagi la 100x teruja..:]



puding pelangi

puding pelangi, resepi yang paling suka saya buat kalau ade event ape2 kat opis atau umah kawan. saya ambik resepi ni kat myresepi.com 3 tahun yang lepas.
cantik puding pelangi ni, tu yang berminat nak try.

saya wat puding pelangi ni, masa open house kat umah kak Jahlawati time raya hari tu..
hehhhee...baru hari ni nak upload kat encik blog.
ye la..dah lama saya tak update blog, duk tergila layan kebun kat fb, terbengkalai dah encik blog saya ni untuk 2 3 minggu ni.




Bahan-bahan ( 5-6 orang )

10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)

Cara-cara
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis

- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.

- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.

- Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).

- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.

- Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp.

Thursday, October 21, 2010

novel - spanar rindu skru

saya kuar jalan2 ngan kak Jahlawati n isya ke bandar baru bangi. window shopping kat warta n billion, jalan2 makan angin, lupa lak nak snap gamba..

window shopping la sgt kan, tup tup, nampak kedai buku kat warta, terus terjah bahgian novel. saya kebas 1 novel. Spanar Rindu Skru.. mcm best je novel ni, tp tah bila la leh layan ni, duk sebok berkebun lak skrg ni kat fb..kikiki..

Monday, October 18, 2010

bajet 2011

bajet 2010 yang agak gempaq bagi saya..
sebab gempaq nya, PM umumkan SKIM KHIDMAT SINGKAT, dilanjutkan lagi 1 tahun pada 2011. sonok nye dengar pengumuman tu. mintak2 Skim Kerja saya skrg ni, termasuk dalam skim yang PM umumkan..Aminnnn...
syukur sgt2..

Saturday, October 16, 2010

Giant Kinrara

dah hampir 2 tahun saya tak jejak kan kaki kat giant kinrara.
malam ni, saya abiskan masa n pulus kat giant kinrara ni.
thanks en ayie sebab tolong temankan saya.
niat di hati nak beli rak utk letak buku n majalah,
tp, en ayie ckp, tak yah beli la rak tu, nak suruh adik iparnya tolong buatkan.
alhamdulillah, save pulus saya, leh la saya beli barang3 lain.
save tu mmg save tp, tahun bile tah saya akan dapat rak tu.
banyak gak la saya beli barang mlm ni..


- shopping hari sabtu kan, no plastic bag ler..huhuhu -

Thursday, October 14, 2010

layan...coke and sandue

bosan nya kat opis hari ni..
tak ade tugasan yang harus d selesai kan.
ape lagi..saya layan la novel online kat penulisan2u.com.
saya layan novel coke and sandue..
lawak gile novel ni.. sempoi abis ayat2 yang penulis guna,
tersengih3 sorang3 saya kat depan pc..sakit perut da tahan gelak.
tp, tak abis pun penulis nya uploadkan kat web ni..
so, kena la cari kat kedai buku untk tau ape pengakhiran cite ni..

Wednesday, October 13, 2010

Oss Day KPM 2010

OSS atau 'Open Source Software' telah di adakan di auditorium kompleks E,
anjuran bahagian pengurusan maklumat kpm. dengan kerjasama MAMPU.

best gak jadi urusetia ni, leh tgk gelagat2 org kat pintu masuk..
ngeh3, saya duk bertugas kat meja pendaftaran je..


gambar hari pertama...macam bz je kan.. pagi2 mmg bz, ni dah nak masuk tghahri, dah tak de orang nak daftar dah pun.








gambar hari kedua, dah selesai semua tugas, layan berposing jela..:p









Tuesday, October 12, 2010

'hot chat' - kemalangan 101010

'hot chat' kat radio hot fm bersama fara fauzana, faizal ismail n ag pg td sembang pasal kemalangan ngeri n diorang putarkan kembali panggilan call dr seseorang semalam.
pasal kemalangan ngeri pada hari ahad lepas 101010 di kilometer 223, Lebuhraya Utara Selatan berdekatan tol Simpang Ampat dekat dengan alor gajah..
daripada berita yang saya dengar 12 maut dan 38 cedera parah.

seseorang tu, kawan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan maut. kawan baik lak tu, diorang sama2 belaja kat upsi n akan berkonvo pada jumaat nanti.
memang sedih sangat bila saya dengar pannggilan telefon tu.:(

berhampiran tol simpang ampat, tempat yang penah saya selalu lalui pada tahun 2005 dan 2006 sebab saya belajar area alor gajah, dapat saya bayangkan keadaaan jalanraya kat situ.


Monday, October 11, 2010

Raptai Oss Day KPM 2010

Open Source Software Day KPM.
Bpm yang jadi tuan umah, unit updki yang jadi orang kuat untuk event ni.
saya dilantik jadi urusetia je. bantu ape yang patut.
sebenarnya saya di tugaskan jaga pintu...hahaha..jaga pintu, kelakar kan. tunjuk laluan masuk ke dewan pada peserta..:]

event ni akan berlansung pada 12 dan 13 oktober.
penyertaan dari seluruh malaysia.
ada 17 gerai yang buat pameran.

101010

menarikkan kan tarikh hari ni 101010..
10 oktober 2010..
kalu lahir hari ni, cun a no ic.
kalu kawin hari ni pun, cantek je tarikh hari bersejarah ni kan.
ramai yang kahwin hari ni, termasuk angkawan negara kita, datuk dr Syed muzafar Shukor ngan pasangannya dr Harlina.
usahawan kite, tokey sani eksperess, Mohd Sani salleh pun kahwin hari ni.

dan hari ni jugak, encik ayie start masuk bengkel sekolah memandu, Metro Driving.
akhirnya, terbuka gak pintu hati encik ayie untuk ambik lesen memandu. selama ni, duk merempit moto tanpa lesen..hhuuhuhu..
dah hampir 3 tahun mulut saya berbuih membebel suruh dia ambik lesen memandu..
rasa gak kegembiraan bila dia dh masuk bengkel, harap3 encik ayie akan berjaya mendapatkan lesen memandu keta n motosikal.

Thursday, October 7, 2010

Jamuan Raya BPM

jamuan raya yang paling happening...
banyak sangat2 menu sebab, setiap unit d kehendaki buka gerai dan menu yang berlainan.

ada gerai lemang, gerai roti jala, gerai laksa penang, gerai nasi himpit, gerai soto, dan gerai desert.
unit saya kena buka gerai nasi himpit.
ada gak menu nasi beryani dan satey.

apa apa pun, view je gambar gambar kat bawah ni, dah tak tau nak cite apa da...huhuu...



- gerai soto -


- gerai roti jala -



- gerai lemang -


- gerai laksa penang -


-gerai desert -


- gerai unit saya (nasi himpit) -



- gerai nasi himpit -







- bersama kak rozana ismail dan kak syafinaz jaafar -


- desert buah buahan yang tak sempat saya makan sebab abis awal.(kempunannya) -


- desert coklat, makan dgn buah buahan kat atas tu, memang tak sempat makan..:]


- bergambar dengan kawan kawan se unit. (uapt)

Wednesday, October 6, 2010

gile n0vel

hobi lama telah kembali...
gila novel.
dulu2, gila bace novel je,
selalu duk injek kakna saya suh beli novel, sekarang ni, saya beli sendiri.
dah bosan asyik ngadap fb,
kembali nak ngadap novel.
semalam, saya rembat 2 novel kat mph alamanda.

baju pengantin mak andam keluaran kaki novel..

- novel ni memang best gile da...sempoi...saya pulun abiskan dlam mase beberape jam je. teruja nak tau kesudahan nye, padahal kat penulisan2u.blogspot.com dh ada, tp, nak gak memiliki novel ni...caya la penulis dia, memang ayat2 sempoi abis..


jiranku kekasihku

- novel ni, saya tak berapa nak gemar, sebab kewujudan tempat yang tak pernah wujud kat dunia ni. dah hampir 2 minggu, saya belum abiskan lagi novel ni..agak busan..:[

potong

potong???
potong ape tu? kikiki....

tersangat la sedih...huhuu..
gaji saya bulan lepas kena potong..
saya ingatkan kena potong 2 hari je.. uwaa..kena potong sampai 3 hari..
hampir 300..sgt2 sedih..bajet bulan ni kena la potong.
kena berjimat cermat.. minggu depan, kena dtg kije dgn bas la..
hhehe...simpan si puteh diam2 kat umah..
saya pun, tak leh boros2 lagi. no shopping2 utk bulan oktober ni ye..:]

Tuesday, October 5, 2010

open house anis hazwani

time kasih banyak2 kat anis sebab sudi jemput saya ke open house nye..

anis hazwani mahadi, kawan saya masa diploma. dah ada sorang baby dah kawan saya ni.
masa dia kawin dulu, saya tak dpt pegi, sebab tgh blaja lg. dia bersalin pun tak sempat nak lawat. hari ni la baru 1st time nak jumpe baby dia. rania, dah setahun sebulan dah umur rania..comel sgt2...

sebelum ke rumah anis, saya p ambik zuliana a.k.a ana, dulu kat banda puteri puchong, segan lak nak g rumah anis sorang2, ajak ana (zuliana) jd peneman. sib baik ana sudi..thanks gak kat ana..
banyak gak menu yang anis wat. anis masak ngan sepupu dia..caya la anis, ada menu, bihun goreng, spageti meat ball bolognise, lemang, ketupat, rendang, koktail, colek buah..hehe..

bihun goreng je saya tak sempat rase, yang lain, semua selamat masuk dlm perut...

thanks sgt2 utk anis sekeluarga, sib baik rizal (husband anis) ingt lg nama saya..hehe..

sebab dah lama sgt tak jumpe. sebelum diorg kawin lg tak jumpe..:]


- kipnap gamba ni kat facebook anis..mintak kebenaran ye anis, kikikikiki...
penangan tak sempat bergamba time open house hari tu. sanggup kipnap kipnap lak kan saya ni..;p

lepaking @ alamanda

selesai je beraya kat rumah fila n hamidah.
kak Jahlawati ajak saya p lepak kat alamanda, mengabiskan masa yang ada,

thanks kat kak jahlawati sebab belanja ais krim Mc D.


- ais krim mc Flurry Milo..best..



- budak comel ni, anak kak jahlawati. ainnur nellysya @ isya..
tengah muncung sebab nak beli meal mcD yang ada mainan tu. tak kan ais krim je, nak mainan lak, ibu nye tak layan, tu yang muncung mcm itik..kikiki..
macam2 kan budak2 ni.

open house hamidah

lepas je selesai beraya kat rumah fila, kak jahlawati ajak saya temankan dia beraya ke rumah hamidah, opismate saya jugak, tp, 1 unit ngan kak jahlawati..

hehe...saya tak d jemput pun..suka hati je saya redah open house orang kan..
mmg muka tebal tul saya ni..

hamidah wat menu mee kari dan cekodok + kuah kacang.. saya layan cekodok je, hamidah wat sendiri cekodok ni..:]

tak bergamba pun, segan, sebab ramai lagi tetamu lain, dah la tak biasa sgt ngan tuan tanah..hehe. sebab temankan kak jahlawati la munculnya saya kat sini..:p



- hamidah bersama kak Jahlawati yang bertudung oren

open house fila

time kasih banyak2 kat fila sebab jemput saya ke open house nye..
memang terangkat la majlis open house fila ni.
siap ngan khemah bagai, macam nak dapat menantu je gayanye..
menu nye pun, menu kenduri tau, nasi minyak + ayam masak merah + gulai dalca + agar-agar + tembikai.

sib baik la fila ada anak kecik yang comel, kalau dh ade anak dara, gerenti la orang ingtkan kenduri kawin anak daranye...kiki...

tima kasih gak kat kak Jahlawati sebab ajak saya join dia, segan gak g sorang3 kan..
layan la gamba kat bawah ni..

huhuhuu..saya agak terkejut.. mamat kat sebelah ni, pakai baju sama color ngan saya.
bila tgk gambar ni baru ler saya perasan. masa hari kejadian, memang saya tak perasan langsung, tau suap nasi minyak ke mulut je..



- hahhaha...mau gelak besar, kat opis, fila tanya saya, pakwe ke kat sebelah tu..
kwang2x, kenal pun tidak...kiki, kalau pakwe saya, ok gak kan?? (gatal betul kan)