Pages

Saturday, December 31, 2011

entri terakhir untuk 2011

assalamualaikum...

esok 2011 meninggalkan kita, 2012 akan menjelma. 1 lagi peningkatan umur pada NH. banyak peristiwa pahit manis dalam 2011. awal2 2011 banyak yang pahit,tp, alhamdullillah, NH tabah menhadapi semua yang pahit dan sampai hari ni, NH dapat lupaka segala yang pahit itu.

hampir pada suku tahun 2011, yang manis datang dalam hidup NH bertimpa timpa, syukur ya Allah, encik Ayie sudi masuk meminang NH setelah 4 tahun menjalin hubungan. waa.. ayat mesti jiwang sikit kan.

dah bergelar tunangan orang, mestilah kena jaga semua pergaulan kan. no YM2 lg.hehe.. dan bertungkus lumus la mencari rezeki lebih utk persediaan big day nanti. lepas bulan mac, hidup NH sedikit huru hara sebab NH dengan rela hatinya membuat kije part time sebelah malam n hujung minggu. dapat jugak tampung duit simpanan. dapat berkenalan dengan keluarga Yani sebab NH kije part time dekat restorannya.;]

NH jugak still bekerja full time kat KPM. kontrak a.k.a kuli.. hehe..tah bila JPA mau panggil interview utk jawatan tetap da.

2011 jugak ada penambahan ahli keluarga, kehadiran si comel Seif Uzair.

trima kasih banyak2 pada keluarga yang banyak memberi sokongan pada NH utk meneruskan pencarian kerja tetap n plan utk my big day nanti.

apa2 pun, hubungan NH dengan encik ayie makin baik. thanks byk2 pada kawan2 yang menyokong hubungan kami dan mendoakan kami ke jinjang pelamin hingga ke akhir hayat.

NH dah makin merapu ni. maklum la duk sorang2 kat umah.

ok.. selamat menyambut tahun baru 2012 semua.

Thursday, December 29, 2011

Persiapan Kahwin : Jemputan Walimatus Urus

Assalamualaikum..

DENGAN PENUH KESYUKURAN DAN SEGALA HORMATNYA MENGUNDANG DATO'/ DATIN/ TUAN/ PUAN/ ENCIK/ CIK SEKELUARGA KE MAJLIS PERKAHWINAN SAYA & PASANGAN.

NOOR HEKMAT & MOHD ASRI

DI JEMPUT SEMUA KAWAN-KAWAN DAN JUGA KAWAN-KAWAN BLOGGER DAN YANG MENGENALI SAYA UNTUK MENYERIKAN LAGI MAJLIS.

SEMOGA KEHADIRAN KALIAN SEMUA AKAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS KAMI SERTA DIBERKATI ALLAH S.W.T. INSYA'ALLAH

SEKIAN, TERIMA KASIH.

:: Untuk kiriman kad jemputan, sila emelkan alamat ke noormiey_99@yahoo.com






Wednesday, December 21, 2011

Persiapan Kahwin : Bekas Plastik Comel

assalamualaikum..

hehe.. tak abis2 lagi pasal goodies..
NH memang plan dari awal nak bg bekas plastik yang comel ni sebagai goodies utk tetamu masa majlis NH nanti. di sebabkan oleh kegilaan NH pada bekas-bekas plastik ni.

apa-apa pun NH cukup puas hati bila dapat deco sendiri bekas-bekas plastik yg kecil. hehe.. mcam byk je deco nya, just tampalkan riben je pun.

Persiapan Kahwin : Label untuk Paper Bag bajet

Assalamualaikum..

mesti semua bakal pengantin beli paper bag yang cantik2 kat pasaran kan. tp, NH deco sendiri kecantikan paper beg untuk tetamu nanti.

kononnya nak siap 300 goodies utk tetamu-tetamu VIP. so, NH kena siapkan deco atau label utk paper bag tu sebanyak 300. setakat hari ni, baru siapkan 100.

tah bila la nak dapat siapkan lagi 200. tinggal lagi sebulan ni. huhuu.

kat bawah ni ler rupa label paper bag utk tetamu vip NH nanti.

Persiapan Kahwin : Hadiah Tetamu lagi

assalamualaikum..

NH ni memang jenis yang rambang mata bila tgk hadiah untuk tetamu yang comel2, sebenarnya nak bg cawan kecik je tak tetamu, tp, tak dapat ideal lak nak bungkus cawan tu dengan apa. last-last NH beli sapu tangan comel ni je..

jeng3x. mana 1 kah pilihan hati NH antara 4 sapu tangan comel ni.

gambar2 ulang tayang dari entri yang lepas.










Persiapan Kahwin : Kad Jemputan Sudah Siap

assalamualaikum..

sebenarnya kad jemputan NH dh siap sebulan yang lepas, baru kali ni baru NH sempat nak update entri pasal kad kahwin.

NH tempah kad kahwin kat KandaDindaWeddingCard

encik tunang lak tak puas hati dengan design kad ni. pada awalnya NH ngan encik tunang pilih color merah chili, tp, apa yang kami dapat, merah gelap. NH yg pergi ambil sorang2. NH tak kisah pun. sib baik tak pegi ngan encik tunang, kalau x, mesti dia bising kat dalam kedai tu. NH ni, jenis yang tak kisah, janji siap n data-data penting dalam kad jemputan tu tepat.. selesai la kan.

Persiapan Kahwin : Kedai Barang Kahwin Murah

Assalamualaikum.

sekarang ni, semua entri NH bermood kan kahwin.. hehe..berkobar-kobar NH ni nak menempuh hari bersejarah tu. macam-macam mana pun, NH tetap nak wat entri pasal kahwin gak.

entri kali ni, NH nak cite kedai barang-barang murah kat Jalan Tar. tempat yang paling best untuk shopping. mcm mcm ada kan kat jalan Tar ni.

kedai Yen Riben yang terletak dalam Semua House kat tinggal bawah.

view depan kedai Yen Riben yang NH ambik dekat encik google.



motif utama NH masuk ke Yen Riben ni sebab nak beli box untuk letak kan wang hantaran n rantai tangan. ok la harga ngan kualiti box tu. lupa lak NH nak snap gambar box tu.

pusing punya pusing dalam Yen riben ni, tersangkut lak pada goodies yang comel ni.. NH beli gak sikit untuk tetamu VIP..;]








Tuesday, December 20, 2011

34 hari lagi.



tup tup tup. hari ni dah 20 disember. ohh..tinggal 34 hari lagi menuju ke hari bersejarah NH. hope semua berjalan lancar.. tengah pening2 lalat lg ni. mcm byk lg lum selesai.

SBPA

assalamualaikum.

semua staff kerajaan nak tahu pasal SBPA kan.

hehe.. NH adalah salah seorang staff kerajaan yang tak mau tahu pasal SBPA.
sebab, NH hanyalah anak tiri merangkap anak angkat kerajaan.. hauauua.. best tak title anak tiri n anak angkat tu..hehe.. tah bila la nak jadi anak kandung kerajaan.

kat opis NH pagi ni, ada taklimat pasal SBPA. NH sorang je terconggok kat tempat tak pergi dengar taklimat tu. tah la, xde perasaan n rase nak dgr pun sebab tengah berserabut. pk psl kontrak NH. tah sambung ke tidak utk tahun 2012.

hope masih ada rezki lagi utk NH kat putrajaya ni. dah tua2 ni, tak larat nak p interview2 lgi..huhu

Monday, December 19, 2011

Allah Selamatkan Saya

assalamualaikum.

mmm... 14 disember lepas, genaplah umur NH 28 tahun. huhu.. umur dah nak menjangkau 30 tahun dah, baru duk pening2 pk pasal nak kahwin. mm.. nak wat mcm mana kan, jodoh baru nak sampai. ikutkan plan ayah NH, dalam bulan ni la NH kena jadi ratu sehari. tp, encik tunang minta lanjutkan sikit. tunggu tahun baru katanya.

trima kasih bayk3 pada kawan2 NH yang wish kat fb n sms.
trima kasih juga buat encik tunang sebab belanja NH makan kfc n sebijik kek yang comel. saya sayang awak sgt2.

-comelkan kek yang NH dapat.. hehe.padahal, NH yang pilih sendiri. Encik tunang ajak NH kuar. n terus ke pkns shah alam. kononnya nak cari cincin nikah untuk dia, tp, kedai emas dah banyak tutup kat pkns time tu. so, terus encik tunang tarik NH masuk kedai kek. hehe.. apa lagi, pilih mengikut kesedapan mata NH memandang la kan.

mm.. NH tak paksa encik tunang belikan tau. encik tunang dengan rela hati belanja NH.. hehe.. thanks ye encik tunang.;]

Friday, December 16, 2011

Jangan Disoal Kesusahan Orang

kadang-kadang, hidup atas muka bumi ciptaan yang Esa ni, kita akan lalui kesenangan dan kesusahan. bagi NH kesusahan tu, untuk menguji kesabaran diri seseorang. mungkin, selepas kita berjaya menangani kesusahan dengan baik, mungkin akan ada kesenangan yang berlipat kali ganda di hadapan kita nanti.

so, dalam hidup ni, jangan terlalu bangga atau riak dengan kesenangan yang kita kecapi. bersyukur lah dengan apa yang dimiliki. dan jangan sesekali menyoal siasat kesusahan orang di sekeliling kita. walaupun kita nampak di depan mata kepala kita sendiri, kalau rasa mahu membantu, bantulah dengan keikhlasan yang tulus.

jika seseorang dalam kesusahan, kita bantu lah apa yang patut. jangan sesekali menyoal itu dan ini. jangan buat seseorang itu merasa semakin tertekan dengan kesusahan yang di alaminya. jangan tambah kan beban kesusahan orang. yess..kadang2, itu semua kita rasa seperti mengambil berat, sebab tu lah kita menyoal pelbagai benda.

biarkan seseorang itu meluahkan dulu segala kesusahan yang di alami. sebaik baiknya kita perlu menjadi pendengar yang setia. apabila seseorang itu dah rase tenang, baru lah kita cuba untuk beri pendapat.

kesimpulan nya, perlu lah jaga hati seseorang itu.

NH seboleh mungkin tidak mahu mengambil tahu hal-hal orang sekeliling yang dalam kesusahan.

** pssst.. macam lah NH ni tak pernah menyebok kan. saje je wat entri ni. menghabiskan masa yang singkat ini.
sekarang, NH dah tak cukup masa nak update blog.

Monday, December 12, 2011

Persiapan Kahwin : Semua House

assalamualaikum..

mmmm.. NH masih lagi mau cite pasal persediaan kahwin NH. tak kira la, nak wat gak entri pasal persediaan ni. mm.. masih cerita hujung minggu yang lepas. cite kejadian n benda yang NH lakukan kat jalan tar.

memang kali ni, fokus nak cari barang kat Semua House je. memang puas hati la kat sini. semua barang yang NH nak ada. murah tu memang murah la kalu nak bandingkan dengan Nilai 3. nasib baik la, niat hati NH, just nak beli barang-barang utk big day nanti kat area Kl je.

memang berbaloi la jugak beli barang kat semua house ni. kena rajin menjelajah. kat ground floor ni, ada 2 kedai yang jual barang kahwin yang NH jumpa. antara 2 2 kedai ni, memang ada perpezaan harga.

pastu, kena buat muka tak malu sikit time bayar barang tu. buat la edisi tawar menawar. NH, memang dengan selamba nya tawar harga dengan tokey cina tu.. hehe

- ni ler rupe semua house. mcm2 kedai ada dlm ni. majoritinya kedai2 untuk bakal pengantin. ambik gambar ni dr encik google.

Persiapan Kahwin : Jalan Tuanku Abdul Rahman

assalamualaikum

cerita jalan tuanku abdul rahman ni dah lama lepas. tapi, NH nak cite gak. NH g ahad lepas, dengan kawan seangkatan NH, cik ana. sib baik cik ana sudi menemani NH utk mencari saki baki barang-barang utk kenduri NH nanti.

tujuan utama, nak ke semua house, sebab ramai kawan-kawan suggest cari barang-barang kawin kat situ. NH nak cari box utk letakkan duit hantaran n barang masa batalkan air sembahyang. nasib baik semua misi berjaya.

misi yang belum berjaya lagi, bunga2 utk dego box2 tu n kasut. next month la kasut n bunga2 ni..huhu.. tinggal lagi 30 hari ++. risau + mcm2 rase.

kat Jalan Tuanku Abdul Rahman ni, NH tertarik dengan kedai Muaz textile. murah2 barang kat situ. barang utama kat kedai Muaz textile ni, adalah tudung. harga tudung semurah rm 2.80.

NH tersangkut gak barang kat Muaz textile ni. NH beli veil pengantin. sebab berbeza sangat-sangat harga dengan kedai-kedai lain kat arkib Jalan Tar ni. tp, hati-hati, dekat Muaz textile ni ramai orang, so, byak barang-barang yg rosak. pilih elok2. jangan terbeli brang yang rosak ye.

gambar kedai Muaz Textile.

Thursday, December 1, 2011

Majlis Perkahwinan Azmalaili & Kamarul Azmin

assalamualaikum.

NH sempat juga meluangkan masa pergi ke majlis perkahwinan kawan sekolah NH dulu, ex-smtm, Norazmalaili dan pasangan. Nh pergi awal, pengantin lum bersiap lagi, so, Nh tak sempat nak bergambar dengan pengantin..




-kad jemputan lili n goodies dr lili.

Majlis Perkahwinan RosAmira & Azrul Hisham

assalamualaikum.

cuti hujung minggu + cuti awal muharram lepas, NH berkesempatan balik kampung.
tujuan utama, untuk menyelesaikan segala benda utk majlis NH nanti.

musim cuti sekolah pun dah bermula, so, menjadi kebiasaan la, ramai orang yang akan melangsungkan perkahwinan masa cuti sekolah ni. NH pun dapat lebih dari 10 jemputan dari kawan-kawan melalui Fb.

NH juga sempat ke kenduri kawan sekolah menengah, ROs Amira & Azrul Hisyam. kedua-dua ni, kawan NH. tp, NH dah pegi lewat, pengantin dah tukar baju biasa, tak sempat bergambar pun.

gambar kat bawah ni lah rosAmira. sori mira, NH ambil gambar kat fb awak. tah bila la mira ni nak update gambar majlis kahwin dia kat fb.


ni pula gambar pelamin RosAmira. pelamin je NH sempat snap..;]

Majlis Perkahwinan Nurul Huda Kamaruzzaman

assalamualaikum...

cuti umum awal muharram lepas, NH sempat balik kampung n sempat pergi kenduri perkahwinan kawan-kawan sekolah dulu.

kenduri perkahwinan nurul huda kamaruzzaman dan pasangan di kampung amer, besut.

bulan 12 sudah

assalamualaikum..

tup tup, pejam celik pejam celik dah masuk bulan 12 dan 2011 akan berakhir.
bermakna tinggal 55 hari untuk NH menyiapkan segala persiapan.
kepala otak skrg ni, duk pk pasal big day tu je. kerja kat opis pun dah jadi carca marba da.

hope, semua berjalan lancar.
NH rase macam semua benda blum selesai lg. mcm dah takleh nak pk apa2 dah.

hujung2 tahun ni pun, membuat NH lagi penat utk pk status kerja NH skrg ni.
minta kije baru yg tetap pun, lum dpt2 lg..harap2 sebelum hujung bulan ni, ada good news.

Tuesday, November 29, 2011

Persiapan Kahwin : tukang jahit

assalamualaikum..

cuti hujung minggu lepas, NH sempat balik ke kampung halaman.
balik utk selesaikan apa yang tak selesai lg. yang paling utama, submitkan borang encik ayie pada ayah. so, confirm NH hari bersejarah NH akan berlangsung 24 januari nanti.

uit...lari dr tajuk lak, nak cite pasal tukang jahit, tp, duk cite pasal lain lak. pada kawan2 semua, tunggu ye invatation card dr NH.

al kisahnya tukang jahit ni. NH tak pernah p tempah baju lg. berani mati je p tempah baju untuk akad nikah dengan tukang jahit ni merangkap jiran NH. ye la kan, NH ni, tak pernah pakai baju selain baju kurung. tukang jahit tegar baju kurung NH adalah kakak NH sendiri.

harap2, tukang jahit merangkap jiran NH ni, buat baju seperti yang Nh inginkan.
NH je lum siapkan lagi baju akad nikah, encik ayie dah sebulan dah siapkan bajunya. bersemangat tul kan encik ayie nak p akad nikah.


- lebih kurang macam ni la baju akad nikah NH nanti. gambar ni dr encik google. tak leh la letak gambar betul kain baju NH tu. tak menjadi rahsia lak kan.:)

Wednesday, November 23, 2011

AidilAdha 2011

assalamualaikum...

aidiladha dah lama meninggalkan kita. hari ni baru la NH sempat untuk mencoretkan sesuatu tentang aidiladha yang lepas. orang-orang malaysia yang pergi menunaikan haji pun sudah selamat tiba di tanahair kan.

sebenarnya, 2 tahu sebelum ni, NH tak balik kampung pun utk sambut aidiladha di sebabkan oleh tuntutan kerja n masa. alhamdulillah, tahun ni, NH sempat menjenguk kampung halaman walaupun tidak menunaikan ibadah korban.

saudara mara terdekat NH pun tak de yang buat korban tahun ni. so, NH memang tak makan daging kordan n tengok lembu kena sembelih pun.
balik kampung just berkumpul adik beradik. seronok sangat sebab 1st time bawa balik anak sausara baru ke kampung. kitorang adik beradik pun sempat meeting untuk big day NH nanti.
sempat juga bershopping di rantau panjang. My ma dah beli brang2 untuk kenduri NH nanti. rasa mcm tak sabar nak menunggu detik Januari 2012 nanti.

- anak saudara baru NH, uzair dengan ayyub.. aidiladha kali ni, NH tak sempat nak snap gamba banyak2 sebab, kepala NH tengah pening memikirkan utk big day nanti. baju utk akad nikah pun, NH tak sempat p hanta umah tukang jahit sebab tukang jahit tak de kat umah. hope, next month bleh balik kampung lagi.

Tuesday, November 22, 2011

Persiapan Kahwin : borang pengantin lelaki

assalamualaikum..

borang encik ayie dah selesai.
NH dah selamat terima tgh hari td. skrg, NH kena balik semak betul2 n poskan kat ayah NH kat kampung lak. proses seterusnya, biar lah ayah yang uruskan dengan pejabat agama besut..:]



blog sudah bersawang

assalamualaikum.

mm..bersawang sudah. bulan november ni, NH memang bz sgt2. tak sempat nak wat entri baru kat sini. sebenarnya, dalam kepala mcm2 nak buat entri. tp, bila tiba masa nak log in encik blog ni, kije datang bertimpa-timpa.

hari ni pun, byk kije yang masih terbengkalai. data-data pegawai naik pangkat berlambak-lambak NH lum semak n betulkan format. NH tertido depan pc dr kul 9 lg, ni baru tersedar..ooppp..kantoi sudah. huhu..ampun,...terasa badan lemah sgt2. tenaga tak cukup ni..hehe.. padahal berjaya n bersorak kat harimau malaya semalam.. aaaauuuumm ...harimau dah telan sayap garuda...hehe..

hehehe. tetibe je rase nak letak logo harimau malaya kat entri ni.. ambik kat pakcik google..ape2 pun.. NH dah mula rasa segar setelah merehatkan mata td..hehee..;p

Tuesday, November 15, 2011

hari perisian sumber terbuka = OSS day

Hari Perisian Sumber terbuka KPM 2011 telah berlangsung pada 10.11.2011. tahun ni, NH tak banyak terlibat mcm tahun lepas. 2011 ni, unit NH kena handle booth je tahun ni. so, NH di tugaskan utk buat pamplet. pamplet utk booth yg menerangkan semua sistem yang gune perisian sumber terbuka. contohnya PHP.







- rupa pamplet yang NH hasilkan. bukan main stress lagi nak letak kan isi perut pamplet ni. macam2 manusia datang mengarah itu ini. semua nak jadi bos da.. staff kontrak mcam NH ni, memang kena je ikut arahan manusia2 tersebut.

Thursday, November 10, 2011

Persiapan Kahwin : HIV Test.. Done!

assalamualaikum.

3hb lepas, NH sudah selesai buat ujian saringan Hiv utk perkahwinan.

sebelum pergi klinik, NH dah buat temujanji 2 minggu lebih awal.
tak boleh walk in. NH buat ujian saringan ni kat klinik kesihatan puchong.



Wednesday, November 2, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (40) Laman Rindu



Laman Rindu
Penulis : Hasreeyati Ramli
Terbitan Alaf 21 Sdn Bhd
Cetakan 2008

Kepekaan saya:

Laman Rindu juga mengisahkan kehidupan seorang gadis. Hasil coretan indah dari Hasreeyati Ramli ini mempunyai sedikit kelainan dari novel-novel yang pernah saya baca sebelum ini. Kelainan yang dimaksudkan adalah sifat dan perangai watak utama yang di garapnya. Watak utama dalam laman rindu ini iaitu Asnida, seorang yang tegas dan cukup matang. Menjadi ketua dalam kerjayanya.

Asnida membesar di dalam keluarga yang mewah tetapi mahu hidup berdikari, tidak mahu begitu bergantung pada kemewahan yang dimiliki oleh keluarganya. Hidup menyewa dengan seorang teman bernama Feza. Kewujudan Feza sebagai seorang sahabat dapat memberi keceriaan dalam hidup Asnida, kalau tidak, mesti Asnida hidup dalam ketegasan 24 jam. Nasib baik lah, ketegasan tersebut hanya di pejabat.

Di sebalik ketegasan Asnida, dia memang beralah juga kalau melibatkan keluarga. Asnida ditunangkan dengan Zamarul oleh keluarganya. Zamarul anak kepada kenalan rapat keluarganya. Mereka kenal sejak kecil lagi dan sememangnya Asnida mencintai Zamarul sepenuh hati. Asnida cukup bahagia menjadi tunangan Zamarul.

Kebahagian yang diharapkan berkekalan ke penghujungnya di duga jua. Zamarul mengkhianati cinta mereka. Zamarul telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara senyap-senyap. Perkahwinan Zamarul dengan Milia menghancurkan hati Asnida dan membuatkan Asnida tidak mempercayai lelaki lagi.

Zamarul juga sembunyikan perkahwinannya dengan Milia dari pengetahuan keluarganya dan keluarga Asnida. Zamarul tetap berkeras mahu meneruskan perkahwinannya dengan Asnida. Ternyata, Zamarul seorang lelaki yang tamak.

Asnida tersepit dengan masalah yang dicipta oleh Zamarul. Terlalu sukar untuk Asnida membuat pilihan. Samada meneruskan perkahwinan dengan Zamarul atau membatalkan semuanya. Asnida juga tidak mahu keluarganya mendapat malu jika dia membatalkan perkahwinan tersebut kerana tetamu sudah di undang. Asnida betul-betul buntu untuk meneruskan perhubungannya dengan Zamarul.

Ketika Asnida dilanda masalah, kemunculan Helmi menghulurkan salam perkenalan. Salam perkenalan Helmi disambut Asnida kerana mereka bekerja di tempat yang sama. Pada mulanya, mereka menjalinkan persahabatan biasa, lama kelamaan, Helmi meluahkan rasa cinta pada Asnida.

Asnida semakin keliru dengan apa yang di alaminya. Helmi mengharapkan kasih darinya. Zamarul pula tidak mahu melepaskannya. Hari-hari yang dilalui oleh Asnida semakin bercelaru.

Adakah cinta dan kasih yang dihulurkan oleh Helmi di sambut tenang oleh Asnida? Bagaimanakah kesudahan kisah Helmi dan Asnida? Adakah Asnida akan bebas dari ikatan tali kasih oleh Zamarul yang tamak? Adakah Asnida dapat memaafkan Milia yang merampas kasih Zamarul darinya? Mungkinkah kebahagiaan yang kekal abadi dapat menjadi milik Asnida? Siapakah akhirnya yang dapat membahagiakan Asnida, Zamarul atau Helmi? Semua persoalan-persoalan ini akan terjawab di dalam Laman Rindu ini.

cuti rehat

yeee.. dengan senang hati nya, esok NH cuti rehat. tp, tak berapa nak senang gak, sebab Nh kena p buat Hiv test. huh.. mcm dah lama sangat2 tak tgk jarum. seram sejuk gak di buatnya. ada orangn ckp, ambik darah kat jari sikit je, ada yang cakap ambik kat lengan.

ambik kat mana mana pun, memang membuatkan NH seram sejuk.. uhuhu..

Monday, October 31, 2011

NH : Cabaran 50 Buku : (39) Cinta Dua Jiwa



Cinta Dua Jiwa
Penulis : Rania Firdaus
Terbitan : Alaf 21
Cetakan 18 Februari 2009

Kepekaan saya:

Cinta Dua Jiwa hasil garapan indah dari Rania Firdaus ini mengisahkan kecekalan hidup seorang gadis yang bernama Aisya Humayra sejak bergelar pelajar di universiti sehinggalah bergelar ibu kepada sepasang anak kembar.

Pada awalnya, banyak menceritakan kehidupan Aisya Humayra atau lebih dikenali sebagai Ira di dalam kampus Uitm Shah Alam. Ira mempunyai sahabat baik bernama Dania Batrisha. Juga mempunyai seorang abang kandung bernama Adli Hisham. Aisya Humayra berasal dari sebuah perkampungan di negeri Terengganu.

Humayra mempunyai hobi bersembang di laman sosial iaitu ‘Yahoo Messeger’ dan ‘Friendster’. Humayra mempunyai ramai kenalan di alam siber. Hanya sebagai kawan di alam siber dan tidak pernah bersua muka. Salah seorang rakan sibernya yang sangat rapat adalah yang menggunakan nama ‘Archyhis’. Walaupun mereka tidak pernah berjumpa di alam realiti, Humayra telah banyak berkongsi cerita tentang dirinya dan suka duka perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar kepada ‘Archyhis’.

Humayra turut diminati oleh rakan sekelasnya iaitu Fakhrurrazi atau Ako. Zulfadli, seniornya juga turut meminati dan menaruh hati pada Humayra. Tetapi, Humayra hanya menganggap mereka berdua sebagai kawan. Humayra dan Dania cukup akrab dan rapat dengan Fakhrurrazi. Kemana sahaja mereka berdua pergi, pasti akan terselit Fakhrurrazi di situ. Keakraban mereka bertiga di cemburui oleh Siti Fairuz. Siti Fairuz adalah kawan sekuliah mereka. Bermacam-macam perkara tidak baik telah Siti Fairuz lakukan pada Humayra untuk menjauhkan persahabatan Humayra dengan Fakhrurrazi.

Perkara yang paling menyayat hati yang telah Siti Fairuz lakukan adalah, menaikkan kemarahan dan amukan Fakhrurrazi pada Humaira dan menyebabkan berlakunya pertengkaran di tepi jalan. Akibat pertengkaran tersebut Humayra di rempuh oleh kereta dan keadaan Humayra agak tenat. Kesan yang diterima daripada kemalangan tersebut, Humayra hilang ingatan.

Humayra telah dirempuh oleh kereta yang dinaikki oleh Hariz dan Uzair. Sepanjang Humayra berada di hospital, Hariz dan Uzair menjadi pelawat tetap. Dania, Adli Hisham, Hariz dan Uzair berusaha memulihkan kembali ingatan Humayra.

Akhirnya, sedikit demi sedikit, Humayra dapat mengembalikan ingatannya atas bantuan kawan-kawan dan keluarganya. Akhirnya, Humayra dijodohkan dengan Hariz. Rupa-rupanya, Hariz telah lama menyimpan perasaan kasih dan cinta pada Humayra. Patutlah Hariz terlalu mengambil berat semasa Humayra di timpa kemalangan tempoh hari.

Humayra mempunyai sedikit masalah untuk menyesuaikan diri sebagai isteri kepada Hariz. Setelah setahun perkahwinan mereka, barulah muncul keserasian antara Humayra dan Hariz sebagai sepasang suami isteri yang bahagia.

Dugaan datang melanda rumahtangga mereka. Kemunculan Fakhrurazzi untuk memusnah rumahtangga yang dibina oleh Humayra sedikit sebanyak membuatkan tekanan dalam hidup Humayra. Humayra juga telah mengalami keguguran kandungan sebanyak dua kali. Kerana menginginkan cahaya mata dalam rumanhtangganya, Humayra bertekad untuk menjaga kandungan ketiganya. Akhirnya, Humayra dan Hariz di anugerahkan sepasang anak kembar.

Mampukah Humayra dan Hariz mempertahankan keharmonian rumahtangga mereka? Apakah yang telah dilakukan oleh Fakhrurazzi untuk memusnah rumahtangga yang telah dibina oleh Humayra dan Hariz? Apakah punca yang menyebabkan Fakhrurazzi ingin melihat Humayra sengsara dalam melayari keharmonian rumahtangganya? Semua persoalan-persoalan di atas akan terjawab jika berjaya menghabiskan Cinta Dua Jiwa ini dari awal hingga ke noktah terakhir.

Cinta Dua Jiwa ini banyak mengisahkan kecekalan hidup seorang wanita. Terdapat juga banyak pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita.

Bersanding itu haram???

assalamualaikum.

morning.. di pagi2 isnin ni, NH dh terfikir pasal bersanding. aiiiyyoo, macam dah gatal nak kawin kan.. bukannya apa, Nh terfikir sesuatu n dah cari kat pak cik google.
lagipun, NH ni, malu la nak bersanding. family NH pun tak galakkan Nh bersanding, tp, family encik tunang tak tau lg keputusan macam mana.. mm.. skrg tengah tunggu family encik tunang bincang dgn family NH.

apa apa pun, bak kata orang, kahwin sekali je, mesti nak sanding kan.mm...
hasil yang berjaya NH jumpa kat pakcik google.

bersanding jadi haram apabila:>>

~penggunaan beras kunyit,jampi mentera semasa berandam
atau ketika mendirikan pelamin.konon2nye nak halau hantu syaitan jin segala.

~Melakukan beberapa larangan Allah seperti membuang bulu kening, mengikir gigi dalam upacara mengandam

~Berhias untuk membuat penampilan kepada orang ramai sehingga tidak menghiraukan lagi batasan syara’ dalam perhiasan diri seperti pengantin lelaki dipakaikan emas dan sutera, pengantin perempuan berpakaian membuka aurat dan bertabarruj secara jahiliyyah

~Melakukan pembaziran di dalam menyediakan kelengkapan untuk persandingan seperti singgahsana pelamin

kalau ada salah satu perkara kat atas tu
maka haram lah bersanding tu..kalau tak de tak pe la..
tapi ada jugak setengah orang yang tak kisah pun membazir ke apa..

pening gak pk bende2 macam ni.mm..

Friday, October 28, 2011

Persiapan Kahwin : hadiah tetamu

assalamualaikum..

NH sekarang tengah duk pk2 pasal nak bagi hadiah tetamu untuk big day nanti.
barang-barang hantaran yang penting2, semua dah settle, tinggal utk hiaskan je. bab hias2 tu semua, NH dh serahkan pada akak kat kg..

mulanya, NH plan tak mau bg paper bag utk tetamu. just nak bagi bekas yang kecik + apa2 makanan je. tp, pk2 balik, mcm nak buat paper bag n + something utk kenangan.
apa2 pun, tgk pada bajet gak kan..

mmm... dah kena start menghitung hari ni.. insyallah, 24 januari next year. tinggal lagi 2 bulan ++.

- tah bile la leh siapkan riben2 ni..huhu... tangan NH yg tak brape nak kreatif ni, memang jadi senget benget la semuanya.

- bekas yang ciut miut di mata NH..:]

Tuesday, October 25, 2011

NH: Cabaran 50 Buku : (38) Sayangku Merajuk



Sayangku Merajuk
Penulis: Ayu Emelda
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2011

Kepekaan saya:

Sayangku merajuk hasil buah tangan dari Ayu Emelda ini mengisahkan perihal seorang isteri yang ditinggalkan oleh suami. Kiranya, kisah kehidupan seorang wanita yang terabai. Apabila ijab dan Kabul telah dilafazkan, hanya 3 bulan sahaja mereka bersama. Begitulah nasib diri Aireen. Aireen ditinggalkan oleh suaminya Shahir atau Justin tanpa sebab musabab yang munasabah.

Aireen seorang gadis kampung yang telah kehilangan ayah, hanya membesar bersama ibu dan seorang adik perempuan yang bernama Hanis. Aireen berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Aireen adalah harapan seratus peratus oleh ibunya. Tetapi, jodoh pertemuan tiada siapa yang dapat menghalang. Aireen berkahwin dengan Shahir setelah berkenalan selama 6 bulan. Perkenalan yang terlalu singkat membawa Aireen hanyut oleh perasaan kasih, sayang, rindu dan cinta.

Ibu Aireen, Puan Aishah menentang hebat perkahwinannya dengan Shahir kerana Aireen belum menamatkan lagi pengajiaannya. Shahir seorang lelaki mualaf yang begitu menyintai Aireen. Sanggup menentang kemahuan ibunya iaitu Madam Anna. Madam Anna tidak mengizin Shahir mengahwini Aireen kerana telah mempunyai calon pilihannya iaitu Laura merangkap anak saudaranya.

Aireen terlalu mengikut kata hati. Perkahwinannya dengan Shahir hanya disaksikan oleh kawan-kawan sekuliah di rantau orang. Ibunya di kampung terpaksa merestui perkahwinan tersebut walaupun hati menolak kelakuan anak sulungnya.

Di sangka cerah sepanjang hari, rupanya hujan di tengah hari. Perkahwinan Aireen yang baru berusia 3 bulan di duga dengan sehebatnya. Shahir terpaksa pulang ke Malaysia meninggalkan Aireen seorang diri di Australia meneruskan pengajiannya kerana Shahir mempuyai masalah keluarga yang kronik. Madam Anna menyuruh Shahir pulang ke Malaysia untuk menyelamatkan Laura yang mahu kembali ke agama asal.

Laura menyimpan perasaan sayang dan cinta pada Shahir dari kecil lagi, tetapi Shahir menganggap Laura sebagai adik kerana mereka membesar bersama-sama. Laura sanggup menganut Islam mengikut jejak langkah Shahir kerana ingin memikat hati Shahir. Tetapi, semuanya kosong, Laura tidak mampu memiliki sekelumit pun hati Shahir kerana Shahir telah menyerahkan seratus peratus hatinya pada Aireen.

Kepulangan Shahir ke Malaysia di tunggu penuh harapan oleh Aireen di bumi Australia. Janji Shahir pada Aireen hanya 5 minggu ingin pulang ke Malaysia. Selepas 5 minggu, kemunculan Shahir masih tidak wujud di sisi Aireen. Minggu demi minggu, bulan demi bulan Aireen menanti sehinggakan seluruh semangat Aireen untuk meneruskan hidup di bumi asing kecundang. Aireen jadi hilang semangat kerana berbadan dua. Sebelum kepulangan Shahir ke Malaysia, Aireen tidak sempat menyampaikan berita gembira yang mereka akan menimang cahayamata.

Hanya kerana zuriat yang di kandung Aireen tabahkan hati untuk meneruskan hidup dan pulang ke kampung halaman. Kawan-kawan yang berada di sekeliling banyak membantu semasa Aireen mengalami alahan yang teruk.

Dugaan sekali lagi menimpa diri Aireen setelah pulang ke kampung. Kepulangan Aireen seorang diri bersama perut yang memboyot tanpa kehadiran suami telah di salah tafsir oleh saudara mara dan penduduk kampung. Ibu Aireen di hina dan dikeji. Aireen juga turut menerima nasib yang sama. Bermacam tomahan keji di lempar kan. Keluarga Aireen di halau oleh Mak Long nya sendiri selepas Airen melahirkan anak kembar, Dyra dan Fyra.

Nasib baik, ada lagi insan yang bersimpati pada Aireen sekeluarga. Makcik Siti, adik ipar ibu Aireen telah menumpangkan rumahnya untuk Aireen sekeluarga berteduh.

Aireen mempunyai kekuatan semangat yang baru setelah kehadiran si kembar. Semangat untuk meneruskan hidup tanpa mengenang kisah silam. Kehadiran seorang jejaka yang bernama Zarul menguatkan lagi semangat Aireen. Zarul terlalu mengambil berat diri Aireen sekeluarga.

Selama 5 tahun Aireen tidak pernah mencari dan tidak mahu mengingati Shahir kerana menganggap Shahir telah menceraikannnya. Aireen mengganggap, Shahir telah hidup bahagia dengan isteri barunya Laura.

Kejadian yang tidak di sangka-sangka, Aireen terserempak dengan Shahir dan Laura di pusat membeli belah. Di situlah bermulanya, pertemuan kembali setelah 5 tahun terpisah. Aireen yang sememangnya memiliki sekeping hati yang keras dan sedingin air batu tidak sesekali menerima kemunculan kembali Shahir dalam hidupnya. Wanita mana yang tidak meradang setelah bertahun lamanya di tinggalkan tanpa khabar berita.

Rajuk dan marah Aireen panjang dan semakin teruk setelah menyangka Shahir mempunyai anak dengan Laura. Pelbagai cara Shahir lakukan untuk memikat kembali hati Aireen. Hanis, adik Aireen banyak membantu untuk mengembalikan hubungan rapat antara Shahir dan Aireen. Si kembar Dyra dan Fyra juga banyak membantu merapatkan hubungan suami isteri yang telah lama terpisah ini.

Disebabkan dendam dan perasaan marah masih menguasai diri Aireen, Aireen nekad dimahu meletakkan Shahir dalam hati nya dan bersetuju untuk menjadi suri di hati Zarul.

Madam Anna dan Laura juga banyak membawa bencana dalam hidup Aireen. Semua ini menyebabkan hati Aireen semakin beku pada Shahir. Jodoh antara Shahir dan Aireen memang panjang. Mereka di satukan kembali setelah mengetahui Zarul adalah penipu besar. Rupanya, Zarul sudah mempunyai sekeluarga di Brunei. Isteri Zarul muncul di hari pernikahan Zarul dan Aireen. nasib baiklah akad belum di jalankan. Aireen selamat dari memnjadi mangsa penipuan lelaki seperti Zarul.

Sayangku Merajuk sangat sempoi dan menarik. Cara penyampaian yang senang untuk di fahami, mempunyai ayat-ayat yang sedikit komedi mempunyai saya tersenyum sendiri ketika membacanya. Terdapat pelbagai pengajaran di dalam novel ini, antaranya, jangan terlalu mempercayai orang yang baru kita kenali kerana kita tidak mengetahui latarbelakang yang sebenanrnya orang tersebut. Jangan juga terlalu pentingkan diri sendiri. Jangan letakkan keluarga atau ibubapa orang terakhir untuk bertanyakan pendapat dan membuat keputusan.

Nur Amalina Natasya

assalamualaikum..

tetibe je mood NH nak wat entri pasal anak-anak saudara yg NH sayang sgt2..
kat sini NH uploadkan gambar Amalina, anak saudara NH yang paling bambam.
19hb dec ni baru genap umur Amalina 6 tahun. tp, penuh semangat tau badan dia. mcm budak darjah 5 sudah..;]

- gambar terbaru amalina dalam simpanan NH, time ni, Amalina ikut NH cari barang persiapan utk big day NH nanti kat wangsa maju.















-gambar bulan 12 tahun lepas, masa sambutan birthday amalina kat McD seksyen 2 shah alam

Muhammad Seif Uzair bin Mohd Rushdan

assalamualaikum...

muhammad seif uzair, anak saudara baru NH. baru umur 45 hari ni.
gambar-gambar kat bawah ni, dari umur dia sejam sampai 40 hari..;]