Pages

Friday, July 2, 2010

adik

mm..hari ni dah 2 julai 2010, cepatnya masa berlalu, dah bulan rejab ni,
lagi sebulan lebih je ramadhan menjelma, cepat betul masa berlalu skrg,
semalam, 1 julai, family dari kampung datang, untuk uruskan adik sambung
blaja ijazah pertama. kesian adik, bercita cita nak sambung ijazah perubatan,
tapi, sampai sekarang pun tak dapat tawaran ke IPTA, IPTS (uniKL rmcp) pun tak dapat.
saya pun dah ikut family pergi ke unikl rmcp ipoh minggu lepas untuk buat rayuan,
tapi, rezki tidak menyebelahi adik.
adik cuma dapat tawaran dari universiti pertahanan kos engineering,
adik tak mau terima offer tu, nak jugak tunggu offer ijazah perubatan.
sekarang ni tengah usaha untuk rayuan ke IPTA dan luar negara lak.
tup2, semalam, kawan adik sms, bgtau, nama adik tersenarai untuk
ke ijazah perubatan di Indonesia di bawah seliaan UITM dan JPM..
wahhh..sonok nya saya dengar berita ni..akhirnya, tercapai gak impian ayah n ma
nak tengok salah sorang anak mereka jadi doktor, harapkan saya,,hehe..
duk melanguk depan PC je la kije saya..

lepas kerja semalam, terus ke KL (umah my sister) ambik adik untuk hantar ke Uitm
untuk kelas persediaan ke Indonesia selama seminggu..
tahniah dik..chaiyok!!!


- gambar keluarga saya (raya 2007)

No comments:

Post a Comment